Salam,
Posting ke 3....(dah posting ke 3 daaaaa) Dulu aku rasa ramai dah tau pasal emas tapi sejak aku mula menjual ilmu emas ramai rupanya masih lagi kurang pengetahuan tentang emas. Bukan aku katakan aku lebih pandai dan arif tentang emas tetapi apa yang ingin aku sampaikan tanggapan terhadap orang terhadap emas adalah suatu benda yang hanya boleh di simpan. Iye benar emas adalah suatu aset pelaburan yang menguntungkan sama seperti properties yang mana ia memberi keuntungan yang amat lumayan.
Sebenarnya emas juga adalah sejenis mata wang. Kenapa aku katakan ia sejenis mata wang??? Biar aku jelaskan di sini agar semuanya faham dan mengerti erti sebuah matawang (ayat buku matematik). Matawang adalah medium pertukaran di gunakan untuk membeli sesuatu barang.
Sebagai contoh:-
a) Kereta Avanza (keta aku) harga sekarang RM69,900 dan aku mengumpulkan deposit sebanyak 10% dari harga jualan. Jadinya aku perlukan RM6900. Persoalannya brape lama masa yang aku perlukan untuk RM6900 tersebut. Setahun, dua tahun, tiga tahun???? katakan lah setahun. Maknanya sebulan kena simpan RM6900/12 = RM575 (kurang sikit dari harga 1 dinar) katakan lah kita mampu simpan RM650 sebulan maknanya kita perlu menyimpan selama 10.6 bulan kurang dari kiraan asal. Maka pada bulan yang ke 10 kita telah berjaya mengumpul sebanyak RM6900(anggaran kasar)..... yeahhh korang berjaya. Dan aku ucapkan tahniah!!!
Tetapi apa kata kalau korang tukarkan duit simpanan bulanan tersebut membeli emas??? Jeng... jeng... jeng... maka dalam tempoh 10 bulan adakah korang rasa, adakah korang rasa hanya menyimpan RM6900 je.....
Bulan 1 = 1 Dinar
Bulan 2 = 1 Dinar
Bulan 3 = 1 Dinar
Bulan 4 = 1 Dinar
Bulan 5 = 1 Dinar
Bulan 6 = 1 Dinar
Bulan 7 = 1 Dinar
Bulan 8 = 1 Dinar
Bulan 9 = 1 Diana opss Dinar
Bulan 10 = 1 Dinar
Jadi secara kasarnya, dalam 10 bulan korang telah pun menyimpan sebanyak 10 Dinar = 42.5gram (1 Dinar = 4.25g). Lagi sekali tahniah... hoyeeeee!!!
Persoalanya mana lebih untung/bernilai duit yang ada di bank RM6900 atau pun Emas 10 dinar???
Aku percaya ramai dah dapat mengagak apa yang lebih untung. Persoalanya boleh ke kita beli kereta dengan menggunakan dinar??? Sebenarnya korang sendirilah yang menentukan nak beli dengan dinar ke dengan wang fiat.
Senario Pelik
Tokey Keta: Tuan mari beli kereta harga banyak cantik.
Pembeli : Ok bole, duit muka brape?
Tokey Keta : Murah je, 10% dari harga kereta.
Pembeli : Brape?
Tokey Keta : RM6900 je celah gigi.
Pembeli : Okey la... Saya kasi 10 dinar.
Tokey Keta : Haiya... mana boleh!!!
Pembeli : Saya beli RM6100 untuk 10 dinar maa
Pembeli : Okey la kalo tokey tak mau... Nanti saya tukar jadi RM dulu...
Tempat lain di kedai mamak pelita jalan ampang.
Pembeli: Syahidan aku nak jual la semua emas aku.
Syahidan Tokey Emas : Brape banyak??
Pembeli : 10 Dinar.
Syahidan Tokey Emas: Mak aii kaya nye koooo...ko rompak bank ke?
Pembeli : Eh tak la.. ini kan aku beli emas ngan ko tiap-tiap bulan berserta ilmu emas ko ajarkan sekali tanpa bayaran walaupun segelas nescafe tarik tu...
Syahidan Tokey Emas : Eh hampir terlupa aku... Ok la di harga pasaran sekarang selepas 10 bulan ko beli adalah RM 720 = 1 Dinar maka total aku kena bayar kat ko adalah RM7200. Ko setuju tak?
Pembeli : Gilo apo ko ni???? (sambil berdiri atas kerusi)
Syahidan Tokey emas: Tergamam
Pembeli : Aku setuju... (hehehehe padan muka syahidan aku dah tipu dia)
[p/s: senario ini adalah rekaan semata-mata untuk memudahkan pemahaman tentang penyimpanan emas berbanding wang fiat]
Kesimpulannya, emas itu sendiri adalah duit dan nilainya sentiasa bertambah mengikut masa dan keadaan. Seperti yang selalu orang katakan harga barang akan naik sekiranya permintaan tinggi. Begitu jugalah emas, harganya sentiasa naik sebab kebanyakan barangan elektrik dan elektronik(cth handphone blackberry wak jeman dan pokli, samsung omnia II orang umah aku, TV full HD, mesin basuh microprocessor dan lain-lain) hari ini sudah mula menggunakan processor dan processor memerlukan emas walaupun sedikit (emas pengalir elektrik yang paling bagus). So "We think what we believed" kalo korang percaya bahawa wang fiat itu sentiasa bertambah nilai terpulang lah. Tetapi kalo korang percaya bahawa emas itu juga adalah matawang ayoh mari kita jadi pengguna yang paling bijak dan hensem untuk membeli emas.
Harga pasaran hari ini(17/6/10) untuk 1 dinar adalah RM598|| 5 dinar adalah RM2976 || 10 dinar adalah RM5927|| adakah anda semua rasa harganya akan tetap sampai bila-bila????
Ingat emas ingatlah diri sendiri." We think what we believed"
Untuk pertanyaan lebih lanjut boleh la hubungi syahidan 0192235129 (sms pon bole tp nak details call la)