Sejak akhir-akhir ini, harga emas makin jatuh dan terus jatuh... kenapa??? aku pon tak tau ramai buyer emas dah mula call aku tanya kenapa??? Aku tak berani nak jawab kenapa tapi apa yang boleh aku katakan inilah peluang keemasan. Rata-rata orang yang masih rasakan ianya satu kerugian akan tetapi ramai juga yang melihatnya sebagai peluang terbaik. Biar aku bongkarkan strategi yang sering aku gunakan.
Seperti biasa la, aku akan gunakan pendekatan contoh untuk menerangkan kaedah yang bakal aku sembangkan.
Mari kita lihat contoh di bawah:-
ilustrasi harga emas PG 20G
Katakan lah setiap bulan kita membeli harga emas 20g dengan harga yang berbeza- beza dan setiap kali pembelian kita merasakan rugi tak beli dengan harga yang sebelumnya yang kita rasakan telahpun murah. Kita sering merasakan pembelian semasa harga yang di katakan masih rendah adalah berbaloi dan kitalah yang paling untung.
Apa kata sekiranya kita telah membeli emas pada harga yang kita rasakan rendah dan pada hakikatnya harga emas akan jatuh menjunam pada hari seterusnya. Dan harganya jauh lebih rendah dari harga yang kita beli. Persoalanya adakah kita ini dalam kerugian!!!!!!. Bagi mereka yang menggunakan mondus operandi yang "menyesal beli emas" akan merasakan ianya satu kerugian. Memang benar ia akan menjadi kerugian sekiranya kita menjualnya. Persoalanya adakah kita hendak menjual pada masa ianya jatuh???
Mari kita lihat graf pembelian emas kita:-
Graf ini adalah menunjukkan emas yang kita beli telahpun melepasi "breakeven"/average pembelian. Secara tidak langsung kita telahpun merasai keuntungan akan tetapi apa kata pada bulan Julai harga emas jatuh sebanyak RM2700?
Mari kita lihat data dan graf kedua.
Harga baru pada bulan Julai ialah RM2703 (average di kira dari bulan Jan sehingga bulan Jun)
Secara kasarnya emas yang kita beli sejak dari Jan sehingga Jun telah pun mengalami penurunan dan ianya di bawah garisan Average/"Breakeven" maknanya kalau kita jual semua emas kita mengalami kerugian di sini. Akan tetapi apakata kalau kita beli lagi pada harga yang tengah jatuh ini.
Sekali lagi mari kita tengok graf:-
Kita akan dapati graf average 2 kita menurun sedikit dari yang asal (perhatikan average2) maknanya lagi banyak kita beli dengan harga yang lebih rendah lagi cepat la kita rendahlah breakevent kita. Dengan kata lain andai kata emas naik maka kita telahpun cepat mendapat untung berbanding kita tunggu dan lihat.
Lihatlah sebenarnya kita telahpun merendahkan risiko ataupun nama lainnya tempoh masa menunggu yang ada. Ambillah peluang ini untuk multiply emas anda.
Ada beberapa langkah yang perlu di ambil:-
1) Guna simpanan wang anda untuk merebut peluang ini
2) Pajakan emas anda dan beli emas baru yang jauh lebih rendah
3) Pinjam kawan (no interest) beli seketul PG 20 ngan Syahidan.
4) Korang pikir la sendiri, camne caranya.
Senang cerita banyak cara nak mengurangkan kejatuhan harga dan ini adalah salah satunya. Banyak lagi caranya, nak tau lebih lanjut boleh la call saya 0192235129 mungkin kita bole jumpa dan bersembang tentang emas.
Akhir sekali, "We think what we believed"
P/s: Jangan lupa beli emas ngan aku. Akan kubongkarkan strategi terbaik penyimpanan emas. nak sembang properties pon boleh, tak de masalah
Salam,
ReplyDeleteSetiap price yang naik, pasti akan jatuh semula. Vice Versa.
Itu lah hukum Supply/Demand. Bila titik Supply melebih Demand, pasti akan berlaku correction untuk mengembalikan price di keadaan equilibrium.
sebijik ayat cam note aku dlu (intro to economics) hehe
ReplyDelete