Masa yang ada tak berkesempatan nak update blog. Ingatkan posting yang ke2 nak terus kongsi perkara tentang emas. Namun sejak akhir2 ini terlintas rupa-rupanya masih ramai tak tau mengenai emas. Mereka tahu yang emas ini untung tapi rata-rata beranggapan bahawa beli emas abis la duit mereka. Sebenarnya emas itu juga duit dan duit itu sentiasa jadi duit melainkan kita berani nak tukarkan dia kepada emas. Lantaran ramai yang tak mau duit jadi emas.
Antara soalan-soalan yang sering di ajukan:
1) Cam ne nak dapat untung dengan emas. Kalo kita simpan emas, kita hanya dapat emas dalam bentuk nilai je abis tu keuntungan dia mana leh guna. Kalo nak guna kenalah jual.
Jawapannya: Ia benar kalo kita hanya dapat untung atas nilai emas. Tapi tahukan kita bahawa emas itu juga duit. Bergantung kepada apa yang hendak kita gunakan kalo perkara yang kita nak lakukan itu boleh memberikan pulangan semula, maknanya kita boleh la gadai buat sementara waktu tetapi haruslah diingat, berapa lamakah perkara yang kita gunakan dengan duit gadaian emas mampu memberi pulangan. Sekiranya cepat maknanya gadaian kita adalah gadaian berhemah.
Contohnya:
1) Aku nak gadaikan emas 100gram dan beli semula emas baru, harga di ramalkan akan naik dan kemudian emas yang baru akan kujual untuk menebus semula emas di Arrahnu. Maka ianya adalah gadaian yang berhemah. (mendapat untung di atas pelaburan baru)
2) Pajakkan emas dan kemudian beli TV 42inci sempena World Cup. Ok apa duit pajakan aku guna beli TV. Persoalannya adakah kita mampu menebus semula emas itu kemudian hari???
3) Aku beli TV 49 inci dengan duit pajakan emas, best tak tipu banyak untung dan aku akan tebus semula dengan menggunakan duit bonus pada hujung tahun (dan bonus confirm dapat, tak kena kambing hitam)- Ini di namakan demokrasi terpimpin. Ini adalah di sebabkan kita menggunakan dahulu duit pinjaman pajakan emas untuk membeli TV 49 inci itu. Ye la kalo tunggu hujung tahun nanti tak dapat plak tengok World Cup walaubagaimanapun kita masih lagi tertakluk kepada upah simpan yang di kenakan oleh pihak Arrahnu.
4) Aku nak buat downpayment keta la, keta aku kecik dan boleh ke aku pajakan emas untuk tujuan ini. Jawapannya tak leh. Ye la keta adalah suatu benda yang susut nilai tinggi. Adalah dinasihatkan untuk jual je gold tu dan bayar je downpayment keta, Walaubagaimanapun ia masih tertakluk kepada situasi yang berikutnya yang bakal berlaku. Misalnya akan dapat payment yang bakal menebus kembali emas tersebut.
Soalan 2)
Mana lagi untung beli emas ke simpan ASB?
Jawapan:- Simpan ASB dan kemudian beli emas...! Caranya ODkan duit ASB kemudian duit OD kita beli emas- Cara ini adalah biasa yang di lakukan oleh tokey-tokey emas (bole rujuk saya sekiranya ingin tahu..)
Soalan 3)
Bila harga yang sesuai nak beli emas?
Jawapan:- Bila2 masa yang di rasakan sesuai- Rasanya semuanya sesuai!. (Nasihat/ advice percuma bole di berikan tak de masalah).
Soalan 4)
Kalo aku beli emas nanti aku tak dapat beli beskal yang aku nak.. (Bila ko ndak beli basikal 2).. Aku rasa dalam hujung tahun kot duit tak cukup lagi la bro.. kena kumpul dulu (Jadi duit yang ada tu labur la dulu dalam emas bila dah sampai haul ndak beli beskal jual la gold tu balik)
Jawapan:- Sekiranya hasrat kita nak beli sesuatu dan kita mengunakan medium bank untuk menyimpan, apa salahnya kita menukarkan kepada penyimpanan emas. Cukup masa jual emas tersebut. Barang pon dapat untung pon dapat.
Ada lagi banyak persoalan yang di ajukan namun tak mampu aku nak cerita kat sini. Lenguh tu taip... So ada kemusyikilan bole la telefon/sms/ email aku tak de hal.
P/s: So kesimpulannya nak manupulasi emas ada banyak cara tetapi hendaklah bersesuaian dengan diri sendiri. "We think what we believed"
No comments:
Post a Comment