Masih ramai tidak mengetahui cara cara untuk mengira harga emas semasa dalam nilai Ringgit Malaysia. Apa yang ada di pasaran ialah nilai di dalam matawang US ada juga dalam mata wang Aus tetapi tidak dalam matawang kita. Lagi satu persoalan yang sering di tanya adakah harga pasaran emas mengikut harga pasaran dunia??
Sebelum kita mulakan pembelajaran tahukah anda bahawa ounce dan troy ounce adalah sesuatu nilai yang berbeza? Ounce apabila di tukarkan dalam bentuk gram akan memberikan nilai 28.349523 gram dan troy ounce akan memberi nilai 31.1034768 gram.
Sila refer link di bawah untuk kepastian:-
Masalah paling utama ialah perubahan nilai US-RM yang tidak menentu apakah nilai RM yang sepatutnya di gunakan? Namun perbezaan nilai RM -US biasanya terlalu kecil sehingga boleh di abaikan. Ingat setiap bank akan memberikan nilai pertukaran ringgit yang berbeza. Walaubagaimanapun terpulang pada kita nak pilih yang mana?
Katakanlah kita memilih
1) Harga emas berdasarkan nilai terpamer pada kitco.com
2) Harga US-RM yang di tawarkan di CIMB Bank
Contoh kiraan:-
Mula-mula ambil nilai emas pasaran dunia USD 1385/0z.
Kita ketahui bahawa 1oz = 28.349523 gram. Maka nilai emas dalam USD/g bersamaan
US1385/28.349523g = US48.8544/g.
Kemudian convertkan nilai USD ke bentuk RM. Dengan cara mendarabkan nilai semasa pertukaran USD ke RM.
USD48.8544/g x RM3.1910 = RM155.89/g
Untuk perbandingan maka darablah dengan nilai 100 untuk perbandingan dengan nilai 100g emas PG.
Maka anda akan memperolehi nilai yang agak sama iaitu nilai RM 15589.00
Terdapat sisihan piawai dengan yang tertera dalam harga Public Gold. Ini adalah di sebabkan nilai pertukaran ringgit yang kita gunakan.
Dengan ini terungkailah persoalan pengiraan harga emas Public Gold dan Pasaran dunia.
"We think What We believed"
No comments:
Post a Comment