Perniagaan Kami


" Menjalankan perniagaan emas keluaran Public Gold seperti jongkong emas, dinar emas, barang kemas dan lain-lain berkaitan emas"

"Memberikan khidmat nasihat berkaitan pelaburan emas"

"Membantu usahawan- usahawan baru untuk menjadi peniaga emas yang bijak"


Monday, March 21, 2011

Pasaran Emas

Salam pembaca semua,

Lama betul tak update blog, sibuk sikit tak sempat nak update tambahan pula jarang dapat log in. Dua tiga bulan ni menarik sedikit, sebab harga emas ada yang naik ada yang turun. Melayan kerenah pelanggan yang banyak cerita dan berkongsi pengalaman tentang emas. Biasalah bila harga naik kata mahal bila harga turun kata murah walaupun hakikatnya harga yang turun itu adalah harga 2 bulan sebelumnya. Jadi cam ne??? so tak perlulah gelabah apabila emas turun atau naik. Tentukan rancangan kewangan anda. Dan follow rancangan anda kewangan anda. Kan mudah!

Hakikatnya sebenarnya siapa yang untung?? Pembeli atau peniaga. Dua - dua untung! tapi yang paling untung.. peniaga laa.. ada jualan pon untung tak de jualan pon tak rugi. Jadi sekiranya peniaga emas tak de sales.. tu maknanya dia tidak hebahkan dia tu peniaga emas.

Jadi jom kita join goldtrees. Jadi peniaga, di goldtrees anda akan di bimbing dengan ikhlas. Tiada paksaan ataupun ajaran sesat. Konsep perkongsian banyak di gunakan di sini. Kongsi keuntungan, kongsi sales, kongsi pengalaman dan kongsi kesusahan. Ada rakan niaga di bawah goldtrees mempraktikkan pengalaman dalam forex untuk sama-sama menjayakan dan memberikan pulangan yang lebih.

Mudah saja nak jadi rakan niaga goldtrees, apa yang perlu anda lakukan adalah membeli emas bernilai RM20k dengan goldtrees secara automatik anda telahpun menjadi dealer emas dan jangan lupa untuk hubungi wakil goldtrees. Tunjuk ajar akan di berikan serta panduan menganalisa pasaran harga emas.

Seronokkan... jom takkan nak tunggu harga emas melambung tinggi baru nak join...

Sebelum penutup jom layan cam na test ketulenan emas dan berat emas. Emas public gold ini!!




Akhirkata "WE THINK WHAT WE BELIEVED!!!"

Thursday, December 16, 2010

Mengetahui pengiraan harga emas..

Salam pembaca semua....

Masih ramai tidak mengetahui cara cara untuk mengira harga emas semasa dalam nilai Ringgit Malaysia. Apa yang ada di pasaran ialah nilai di dalam matawang US ada juga dalam mata wang Aus tetapi tidak dalam matawang kita. Lagi satu persoalan yang sering di tanya adakah harga pasaran emas mengikut harga pasaran dunia??

Sebelum kita mulakan pembelajaran tahukah anda bahawa ounce dan troy ounce adalah sesuatu nilai yang berbeza? Ounce apabila di tukarkan dalam bentuk gram akan memberikan nilai 28.349523 gram dan troy ounce akan memberi nilai 31.1034768 gram.

Sila refer link di bawah untuk kepastian:-

Masalah paling utama ialah perubahan nilai US-RM yang tidak menentu apakah nilai RM yang sepatutnya di gunakan? Namun perbezaan nilai RM -US biasanya terlalu kecil sehingga boleh di abaikan. Ingat setiap bank akan memberikan nilai pertukaran ringgit yang berbeza. Walaubagaimanapun terpulang pada kita nak pilih yang mana?

Katakanlah kita memilih
1) Harga emas berdasarkan nilai terpamer pada kitco.com
2) Harga US-RM yang di tawarkan di CIMB Bank

Contoh kiraan:-

Mula-mula ambil nilai emas pasaran dunia USD 1385/0z.

Kita ketahui bahawa 1oz = 28.349523 gram. Maka nilai emas dalam USD/g bersamaan

US1385/28.349523g = US48.8544/g.

Kemudian convertkan nilai USD ke bentuk RM. Dengan cara mendarabkan nilai semasa pertukaran USD ke RM.

USD48.8544/g x RM3.1910 = RM155.89/g

Untuk perbandingan maka darablah dengan nilai 100 untuk perbandingan dengan nilai 100g emas PG.

Maka anda akan memperolehi nilai yang agak sama iaitu nilai RM 15589.00

Terdapat sisihan piawai dengan yang tertera dalam harga Public Gold. Ini adalah di sebabkan nilai pertukaran ringgit yang kita gunakan.

Dengan ini terungkailah persoalan pengiraan harga emas Public Gold dan Pasaran dunia.

"We think What We believed"





Thursday, December 9, 2010

Membina empayar emas

Salam pembaca semua,

Akhir-akhir ini aku mengambil langkah drastik mengrekrut seberapa ramai rakan niaga emas... bukan untuk menjadi ejen semata-mata tetapi melahirkan lebih ramai golongan yang celik tentang pelaburan emas.

Harga pasaran yang berubah-ubah kadang kala menyebabkan aku sedikit gusar untuk membeli lebih banyak emas. Pengalaman dalam selok belok emas aku gunakan untuk mententeramkan kegusaran hati.

Hakikat sebenarnya tiada apa yang perlu di khuatirkan. Emas sentiasa akan naik harga!!. Itu sepatutnya menjadi pegangan ketika membeli emas.

Pengetahuan membaca trending emas menjadi kelebihan. Bukanlah untuk mengetahui bila waktu spesifik pasaran emas tetapi sebagai guideline ketika masa seharusnya membeli emas.

Cuma sekiranya kita boleh membaca atau membuat analisa tentang emas, sekurang-kurangnya kita tidak membeli emas ketika pasaran mula turun yang menyebabkan kita akan menunggu lebih lama untuk mengaut keuntungannya. Walaubagaimanapun, tak kisahlah bila masa kita membeli emas, realitinya kita bermain dengan masa. Adakah sebulan 2 bulan atau 6 bulan baru emas kita beli menjana keuntungan.

Pesanan penting untuk semua, beli emas bila masa kita mampu dan kalau boleh belilah semasa trending emas mulai naik.

Di goldtrees anda boleh mendapatkan maklumat samada ianya berada di keadaan naik atau turun.

We think what we believed. Itu yang paling utama.

Untuk maklumat lanjut bolehlah berhubungan dengan di talian 019- 2235129

Sampai di sini coretan kali ini... Ingat anda sebenarnya perancang untuk masa depan anda!!

Monday, October 25, 2010

Peluang menambah koleksi emas anda

Salam pembaca semua...

Zaman harga emas turun telah pon berlalu.... Harga emas kini dalam proses pendakian semula.. Orang kata biasalah ada masa turun ada masa naik. Inilah masa yang terbaik bagi mereka yang baru nak mencuba mengantikan pelaburan wang ringgit ke pelaburan emas.

Bukan apa selalunya kita akan berkata " Harga emas jatuh nape tak helo??...." tapi bila harga emas jatuh kita akan mendengar pula " tunggulah jatuh lagi sket"

Hakikatnya kita sebenarnya memberikan alasan pada diri kita sendiri untuk memperolehi keuntungan. Emas mungkin tidak memberikan kekayaan atau kesenangan mendadak tetapi sekurang kurangnya kita adalah antara orang yang terselamat, mempertahankan harta yang kita ada.

Di goldtrees, anda bukan sahaja di berikan emas sebagai tukaran wang ringgit. Tetapi anda juga di berikan ilmu macamana nak memanupulasikan emas erti kata lain mendapat keuntungan dari turun naik emas.

Ianya bukan formula atau magik, ianya hanya cara membaca pasaran emas dari sudut yang berbeza.

Para cerdik pandai juga pernah berkata " Terdapat 3 golongan manusia

1) Yang tahu dan mahu
2) yang tahu dan tak mahu dan yang terakhir
3) Yang tak tahu tapi mahu."

Sekiranya anda golongan 1, maka tepuklah bahu anda dan berkata "syabas".
Sekiranya anda golongan 2 sesungguhnya ada dalam kerugian
dan akhir sekali sekiranya anda golongan 3 maka hubungi saya dan saya akan tunjukkan caranya....

Untuk mengakhiri coretan kali ini saya santapkan mata anda dengan trending emas yang terkini.

Dalam graf ini didapati penurunan harga telah mencapai last hit( hopefully walaupun ada balance beberapa hon lagi.) Semenjak hari ini di dapati harga emas telahpun meningkat sedikit demi sedikit dan di jangkakan akan cuba untuk mencapai line atas graf.

"We think what we believed"

Friday, October 15, 2010

Harga Emas!!!

Salam semua...

Beberapa hari ini sibuk memerhatikan harga emas naik. Untungnya kalo ada emas banyak boleh lego lebih sikit. Itulah lumrah hidup tak pernah puas. Tapi aku puas biarpun tak banyak, aku telah membawa kesedaran kepada rakan-rakan aku tentang kebaikan emas. Ada yang ikut ada yang tidak!. Tepuk dada tanyalah poket, ada duit beli lah emas tak de duit simpan la niat dulu..

Bila harga naik - Orang yang banyak emas mula menjual emas.
Bila harga turun - Orang yang sikit emas mula membeli emas.

Jadi bila masa rugi berniaga, simpan dan jual emas???

"We think what we believed!!!"

Wednesday, October 13, 2010

Trending Emas 13 Oct 2010

Salam dan selamat tengahari.... mari kita jamu makan tengah hari sambil melihat statistic emas

Pencarian Rakan Kongsi Goldtrees


Salam dan apa khabar semua......!

Kami mencari rakan niaga seluruh dunia untuk membantu kami memasarkan serta membuat penghantaran direct kepada pelanggan yang di hormati.

Maklumat serta bayaran atas usahasama ini akan di terangkan kemudian.

Sila tinggalkankan nama, no tel dan email ke 019 223 5129 atau email: syahnd@gmail.com , syahidan12@yahoo.com , syahnd312@gmail.com ataupun dengan menghantarnya melalui YM di sebelah kiri blog ini.

Sekian terima kasih...

"We think what we believed!!"