Tajuk diskusi kita ialah merancang kewangan untuk masa depan anda. Masyarakat kita hari ini kebanyakan kurang merancang untuk masa depan sendiri. Rata-rata dari kita sering menciptakan impian tanpa cuba untuk merealisasikannya. Perkara pokok utama adalah kurangnya perancangan dari segi kewangan. Dengan kata lain, kita gagal menguruskan kewangan dengan baik. Kewangan bukan hanya bermaksud wang ringgit mahupun berapa banyak simpanan yang kita ada tetapi ianya sepatutnya merangkupi kehidupan selepas kita bersara kelak. Adakah kediaman atau rumah kita duduk telahpun selesai di lunaskan ( full settlement)? ataupun adakah simpanan kita cukup untuk menampung kehidupan kita di hari tua.
Sekian masa kita sering di perkatakan tentang kenaikan inflasi yang bakal meningkat. Harga minyak yang saban hari menaik juga menjadi topik perbualan yang mana ia dikatakan menganggu perancangan kewangan kita untuk setahun dua tahun. Dengan kenaikan gaji 5% ke 10% kita rasakan sudah cukup untuk menampung kadar kenaikan inflasi. PADA HAKIKATNYA KITA SEBENARNYA SEMAKIN MENGAWAL PERBELANJAAN HARIAN KITA.
Sebenarnya erti kata lain kita sebenarnya semakin miskin. Perbandingan harga sebungkus nasi lemak juga telah cukup untuk menceritakan tahap kewangan kita. Harganya saban hari juga turut meningkat tanpa kita sedari. Dahulu nasi lemak sebungkus berharga RM0.50 tetapi kini ada yang mencecah RM 1.50 sebungkus. Apakah harga beras telah meningkat kerana kekurangan padi di pasaran ataupun kekurangan timun, kacang dan ikan bilis di pasaran. Ataupun permintaan nasi lemak semakin tinggi berbanding dengan pembuatan???
Hanya anda tahu jawapannya!!
Merancang kewangan bukanlah hanya tertumpu kepada jangka masa pendek sahaja tetapi ianya sepatutnya menjangkau kepada perancangan jangkamasa panjang. Harta seperti emas, perak dan hartanah sepatutnya lebih di dahulukan kerana pada masa akan datang kita mungkin tidak lagi mampu bekerja atas faktor umur, kesihatan dan kekuatan fizikal.
Siapa yang layak untuk merancang? Pernyataan yang sering kita dengar " makan pon tak cukup apatah lagi untuk menyimpan" sebenarnya ianya silap sepatutnya kita menjadikan penyimpanan wang ringgit sebahagian dari keperluaan biarpun hanya RM 50 sebulan ianya sudah cukup bermakna. Namun begitu, hanya menyimpan RM 50 sebulan belum lagi memberikan kepulangan yang berbaloi.
Jadi tukarkanlah wang ringgit anda kepada bentuk fizikal yang mana secara sejarahnya telah terbukti memberikan pulangan yang berlipat kali ganda. Bukan dalam bentuk harta tetapi juga dalam bentuk emas dan perak. Risiko kejatuhan harta untuk tempoh jangka panjang terbukti tiada.
Sejarah telah membuktikan menyimpan emas dalam tempoh yang panjang mampu memberikan pulangan yang baik. Sifat emas yang mudah untuk di pajak/gadai untuk dapat pinjaman jangkamasa pendek juga mudah untuk di perolehi. Fasiliti Ar Rahn juga mudah di dapati. Kebanyakan koperasi di Malaysia mempunyai kemudahan ini.
Janganlah jadi orang yang dalam kerugian, hanya anda dapat mengubah diri anda sendiri!
Seperti biasa We think what we believed!! Nasihat dan perancangan kewangan di berikan percuma.
Sekian wasalam
i believe wat u believe.....it must be gold!
ReplyDelete